Kamis, 21 November 2019

KOLEKSI CERITA RAKYAT NEGERI-NEGERI PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA


LAGENDA GUA PUTERI (HULU PERAK DARUL RIDZUAN)
OLEH : ZULKIFLI BIN KAMARUDDIN (UPM)
     Kononya pada zaman dahulu tersebutlah sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaaan serba kekurangan. Ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Kadang kala mereka berdua tak makan langsung kerana tiada duit untuk membeli makanan. Sekiranya si isteri ingin keluar dari rumah, maka si isteri akan meminjam pakaian yang dipakai oleh suaminya. Manakala sekiranya si suami pula ingin keluar dari rumah, maka si suami akan meminjam pakaian dari isterinya. Maka pada satu hari, si suami telah mendapat satu mimpi. Didalam mimpi si suami tersebut, seorang lelaki tua berpakaian jubah putih dan berjanggut telah berpesan kepada si suami.
“ Wahai cucuku… sekiranya kamu ingin hidup senang, kamu harus membunuh isterimu.
    Setiap hari, si suami akan mendapat mimpi yang sama, namun si suami tidak pernah menceritakan kepada isterinya. Pada satu hari, kerana si suami tidak tahan didatangi mimpi yang sama setiap hari. Maka si suami pun menceritakan mimpi yang dialaminya kepada si isteri. Si isteri agak terkejut dengan cerita yang didengar daripada suaminya. Si isteri berasa sangat sedih apabila dia harus menjadi korban untuk mendapat kesenangan.
“ Kalau adinda sahaja yang boleh membawa kekayaan dalam hidup ini, bunuhlah saja adinda. Adinda rela menjadi korban asalkan kanda dapat hidup senang.”
     Si suami berasa serba salah walaupun isterinya telah memberi keizinan untuk membunuhnya. Maka pada keesokkanya, sewaktu si isteri pergi ke sungai untuk mengambil air, tiba-tiba satu lembaga putih telah muncul di permukaan sungai. Si isteri berasa sangat takut dan cuba untuk melarikan diri. Namun, seluruh badanya kaku dan tidak boleh bergerak. Si isteri cuba untuk memanggil suaminya, namun suaranya juga tidak keluar.
“ Aku mahukan darahmu ….. wahai manusia…
      Tiba-tiba beberapa titik darah keluar  daripada tangan si isteri walaupun tiada kesan luka. Darah itu telah menitis ke dalam air sungai dan ketika itu juga lembaga tersebut terus hilang. Si isteri terus berlari dan menceritakan kepada suaminya tentang apa yang berlaku. Si isteri segera membawa suaminya ke sungai. Apabila sampai di tebing sungai, tiba-tiba mereka ternampak sebuah peti kayu terdampar di gigi air. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati peti kayu itu berisi ketulan-ketulan batu emas.
“ Wah…ini batu emas kanda… Adinda rasa ini mesti pemberian lembaga putih itu tadi.”
    Mereka berdua berasa sangat gembira dan sejak peristiwa itu, kehidupan mereka berdua telah berubah. Mereka telah membina sebuah istana dan menjalankan perniagaan. Selang beberapa bulan, si isteri telah mengandung dan akhirnya melahirkan seorang anak perempuan. Mereka berdua telah menamakan anak perempuan itu dengan nama “ Puteri”. Seperti anak-anak yang lain, Puteri diasuh dan di didik dengan penuh kasih sayang ibarat seperti menatang minyak yang penuh. Apabila Puteri meningkat dewasa, Puteri menjadi kegilaan pemuda-pemuda dari seluruh pelusuk negeri. Maka ramailah rombongan yang datang untuk meminangnya. Namun rombongan pinangan tersebut ditolak daripada ibu dan bapanya. Sehinggalah pada satu hari, satu rombongan diraja telah datang ke rumah Puteri untuk meminangnya. Pada saat inilah ibu dan bapa Puteri menjadi serba salah untuk menolak pinangan itu.
“ Kanda …. Apakah gerangan akan pinangan dari keluarga diraja ini. Adinda tidak tahu sama ada ingin menerimanya atau menolaknya … Sedangkan pinangan yang sebelum ini kita tolak.”
     Ibu dan bapa Puteri menjadi serba salah. Cerita peminangan tersebut telah diketahui oleh seluruh pelusuk negeri. Apabila cerita itu diketahui oleh pemuda-pemuda yang sebelum ini cuba untuk meminang Puteri, mereka menjadi marah dan ingin menyerang dan membunuh keluarga Puteri sekiranya perkahwinan diraja itu diadakan. Apabila cerita itu sampai kepada ibu dan bapa Puteri, mereka berdua menjadi takut. Walaubagaimanapun, pinangan diraja itu tetap diterima dengan syarat perkahwinan tersebut diadakan disebuah gua demi tujuan keselamatan.
   Makan hari perkahwinan diraja itu pun diadakan di sebuah gua yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Perkahwinan itu dihadiri oleh ramai tetamu termasuklah binatang-binatang yang tinggal di kawasan gua. Semua tetamu berasa sangat gembira melihat majlis perkahwinan itu. Maka apabila dilihat ramai orang datang ke gua itu, tiba-tiba muncul Sang Kelembai. Sang Kelembai berasa sangat pelik dan ingin tahu apakah yang dibuat oleh manusia di gua ini.
“ Wahai manusia kalian… Apakah kalian buat  di gua ini dengan riang gembiranya”
Maka apabila ditegur oleh Sang Kelembai itu tadi, maka semua tetamu dan binatang yang hadir dalam majlis perkahwinan diraja itu semuanya menjadi batu. Jika kita pergi ke gua ini masih ada lagi batu berbentuk kelambu, kerusi, burung, katak dan Puteri serta suaminya.


CATATAN PENULIS 2015

Selasa, 16 September 2014

CIKGU JOE HOME TUITION

PERKHIDMATAN HOME TUITION DI SEKITAR PUTRAJAYA, SERDANG, SERI KEMBANGAN DAN KAJANG



KELAS MEMBACA BAHASA MELAYU BAGI KANAK_KANAK BERUMUR 5 HINGGA 6 TAHUN

KELAS BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS, SAINS DAN MATEMATIK BAGI UPSR


 KELAS BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS, SAINS DAN MATEMATIK BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 3

KELAS BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS, SAINS DAN MATEMATIK, SEJARAH BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 HINGGA 5 (SPM)

BERMINAT SILA HUBUNGI SAUDARA ZULKIFLI 017-2506712